Showing posts with label Tax. Show all posts
Showing posts with label Tax. Show all posts

Friday, May 23, 2008

LHDNM - Pendaftaran Kontraktor (Kelas A, B & C)



Melalui semakan di laman web Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), didapati tiada maklumat atau dokumen berkaitan cukai pendapatan yang perlu dikemukakan semasa ingin membuat pendaftaran kontraktor. Borang permohonan juga didapati tiada ruangan untuk memasukkan no rujukan cukai pendapatan. Pada pendapat saya, sekurang-kurangnya no rujukan cukai pendapatan perlu dimasukkan semasa ingin membuat pendaftaran kontraktor. Ini bagi memastikan bakal kontraktor itu mempunyai fail cukai pendapatan dengan LHDNM serta seterusnya pendapatan syarikat tersebut dapat disalurkan semula kepada kerajaan melalui cukai pendapatan.

Ini dapat mencegah kes-kes seperti kelewatan pihak LHDNM mengesan syarikat-syarikat ini. Terdapat juga kontraktor-kontraktor yang hanya ditubuhkan semata-mata untuk menjalankan projek tertentu sahaja dan terus menutup syarikat tersebut sebaik sahaja sesuatu projek. Ini dapat dilihat sebagai langkah proaktif pihak LHDNM di dalam mengesan pembayar-pembayar cukai seperti ini.

Berdasarkan kepada pengalaman, didapati projek-projek kerajaan mempunyai nisbah untung bersih yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan projek swasta.

Ingin juga saya mencadangkan agar sistem integrasi dibuat di antara pihak LHDNM dengan pihak Kementrian Kewangan di mana penyaluran maklumat-maklumat berkaitan sesuatu kontrak dibuat dengan lebih efisien dan efektif. Sistem lama di mana surat-surat pemberitahuan dihantar melalui mel perlu digantikan dengan sistem atas talian (online system) sahaja. Maklumat-maklumat seperti syarikat yang menerima kontrak, nilai kontrak, tempoh kontrak serta sebarang kerja-kerja tambahan (VO) perlu sentiasa dikemas kini agar pihak LHDNM dapat mengambil tindakan yang selanjutnya. Sebagai langkah permulaan, mungkin tumpuan diberikan kepada kontraktor kelas A, B dan C terlebih dahulu iaitu untuk kos kerja / nilai kontrak melebihi RM 2 juta.

Saya percaya dengan terlaksananya cadangan ini, beberapa objektif penting dapat dicapai : -

Membesarkan asas cukai LHDNM

Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi

Meningkatkan tadbir urus korporat

Wallahu’alam.


Corruption - Let IRB deal with it


Melalui pengalaman dan cerita kawan-kawan, pada zaman mutakhir ini perbelanjaan-perbelanjaan seperti ini (rasuah @ duit kopi) seolah-olah menjadi belanja pasti (darah daging @ duri dalam daging) di dalam perniagaan terutama sektor pembinaan dan projek kerajaan. Selalunya perbelanjaan-perbelanjaan seumpama ini dikenali sebagai ‘unexplained expenses’. Walaupun pihak LHDNM telah memberikan pandangan berhubung isu ini semasa dialog Jabatan Teknikal LHDNM dengan Persatuan Akauntan pada 15 Mac 2006 (Item 7 Appendix C), tetapi didapati tiada peruntukan yang jelas di dalam Akta Cukai Pendapatan 1967.

Sebagai menyahut seruan YAB Perdana Menteri dan salah satu sasaran keutamaan Pelan Integriti Nasional (PIN) (TEKAD 2008) iaitu mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan, saya merasakan satu peruntukan berkaitan dengan isu rasuah ini perlu dimasukkan ke dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 (mungkin pada Seksyen 39 ACP 1967). Peruntukan ini akan menunjukkan pihak Kerajaan adalah sangat serius di dalam menangani gejala jijik ini.

Berdasarkan kajian yang dibuat, didapati Australia melalui Income Tax Assessment Act 1997 mempunyai peruntukan seperti ini. Seksyen yang berkaitan adalah 26-52 dan 26-53. Kemungkinan kita juga boleh mengguna pakai seksyen-seksyen ini mengikut kesesuaian dan keselarasan dengan peruntukan Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Seksyen 10 hingga 20).

Saya juga secara peribadi sangat bersetuju dengan satu artikel dari akhbar The Star (Feb 13, 2007 yang bertajuk ‘Let the IRB deal with the corrupt’. Unit risikan dan pengesanan LHDNM perlu diperkemaskan. Adalah lebih baik sekiranya pihak LHDNM dapat bekerjasama dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) di mana kes-kes yang tidak mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk dibawa ke mahkamah, diberikan sahaja kepada pihak LHDNM untuk menanganinya. Saya pasti ‘unexplained income’ ini sekurang-kurangnya dapat dicukai oleh pihak LHDNM.

Wallahu'alam.

Wednesday, May 21, 2008

Penang Realty Case





Penang Realty case

Compulsory Land Acquisition

Patut @ tak patut kena cukai ???

Di atas keputusan mahkamah yang memihak kepada pembayar cukai di dalam kes Penang Realty vs DGIR, pihak LHDN telah mengisu Decision Impact Statement (http://www.hasil.org.my/english/eng_DecisionImpact.asp) bagi menerangkan pemakaian kes ini (administrative treatment).

Walau bagaimanapun, peguam yang mewakili pembayar cukai di dalam kes ini telah memberikan maklum balasnya di dalam artikel beliau yang bertajuk :

“Can the IRB Disregard the Judicial Pronouncement in the Penang Realty Case? A Legal Perspective on the Decision Impact Statement”.

Artikel menarik ini boleh didapati di Accountants Today keluaran Februari 2008. Kalau tidak silap saya, artikel yang sama telah dikeluarkan oleh majalah Tax National (dah tak ingat keluaran mana).

Selain itu, pembayar cukai juga boleh merujuk komen daripada PricewaterhouseCoopers di dalam isu yang sama. Artikel bertajuk “Compulsary land acquisition: Is it taxable?” boleh didapati melalui PwC Alert Issue No. 67 keluaran September 2007.

Saya mengambil pendirian bahawa setiap kes mempunyai fakta kes tersendiri. Oleh itu, pembayar cukai perlu berhati-hati kerana kadang-kadang pembayar cukai menang, kadang-kadang LHDN menang. Saya berpendapat bahawa antara factor utama yang mempengaruhi keputusan setiap kes seperti ini adalah kepandaian dan kebijaksaan peguam (LHDN mahupun pembayar cukai) memberikan hujah masing-masing semasa perbicaraan berlangsung.

Wallahu’alam...